Pemergian Mohd Shamsuddin kehilangan besar bagi NGO Islam – Zahidi

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

Covid-19: Empat Daerah Di Sabah Dikenakan PKPD Bersasar

KUALA LUMPUR — Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat...

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin menyifatkan pemergian ke rahmahtullah Setiausaha Sulitnya Mohd Shamsuddin Damin sebagai satu kehilangan besar bagi badan bukan kerajaan (NGO) Islam tempatan.

Beliau berkata Mohd Shamsuddin, 56, yang semasa hayatnya memegang jawatan sebagai Setiausaha Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) memainkan peranan penting dalam mengatur gerak kerja membabitkan NGO-NGO Islam terutamanya melibatkan sekolah tahfiz, hal ehwal halal dan program kebajikan bagi golongan kurang berkemampuan.

“Allahyarham bertanggungjawab dalam banyak program membabitkan IKIAM, malah beliau turut bertanggungjawab menyusun atur kerjasama antara IKIAM dan NGO-NGO Islam dalam program membabitkan isu-isu halal, kebajikan dan keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira sejam menziarahi keluarga allahyarham Mohd Shamsuddin di kediamannya di Seksyen 30 di sini, hari ini.

Zahidi berkata, allahyarham Mohd Shamsuddin merupakan seorang yang amat dedikasi dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Saya amat beruntung kerana mendapat seorang setiausaha sulit yang begitu rajin bekerja,” katanya.

Mohd Shamsuddin meninggal dunia semalam dipercayai akibat serangan jantung selepas rebah di sebuah chalet di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Allahyarham Mohd Shamsuddin mula berkhidmat dengan Zahidi sejak beliau dilantik sebagai timbalan menteri.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan