Osman Sapian hadir acara Pejuang, cetus tanda tanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Osman Sapian terus bermain teka teki mengenai status politiknya apabila hadir dalam acara Pejuang semalam.
Tiga hari selepas Lembaga Disiplin Bersatu membuat pusingan U memecat dan kemudianya menarik balik keputusan tersebut.

Malam tadi, Abu Bakar Yahya memuat naik gambar dan video Osman dalam majlis meraikan jentera Pejuang dari Johor yang turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Slim baru-baru ini.

Gambar-gambar itu memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama pendukung Pejuang dan melaungkan “Hidup Pejuang!”.

“Kami bersama ramai-ramai melaungkan: Hidup Pejuang, hidup Pejuang, hidup Pejuang!

“Jangan tanya kenapa YB Osman Sapian meninggalkan Bersatu, tapi lihat apa yang beliau telah lakukan.

“Tolong kongsikan seramai mungkin biar ramai yang dapat tahu,” tulis Abu Bakar.

Memetik laporan Malaysiakini sama ada dia sudah meninggalkan Bersatu dan menyertai Pejuang, Osman hanya menjawab: “Belum lagi”.


Susulan tindakan itu, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Tan Sri Najmuddin Megat Khas enggan mengulas perkara itu dan berkata dia hanya dapat bertindak jika terdapat aduan rasmi dibuat dan bukti dikemukakan.

Umum maklum, pendirian Osman amat penting bagi menentukan kestabilan kerajaan Johor yang Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),

Jika Osman mengalihkan sokongan kepada pembangkang, DUN Johor boleh tergantung.

PN sebelum ini mengambil alih kerajaan negeri dengan 29 kerusi berbanding 27 di pihak Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat