Lori tangki, kolam renang, MB Selangor dan isteri mohon maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Susulan tular gambar penghantaran lori tangki air dan kolam renang, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tampil memohon maaf.

Beliau menjelaskan, gambar lori tangki Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd itu dimuat naik oleh isterinya, Masdiana Muhammad bagi melahirkan rasa terima kasih kepada agensi itu yang yang membantu menghantar air ke kediamannya.

“Gambar ini telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyerang saya, bagaimanapun saya dan isteri memohon maaf,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Selepas gambar itu tular, netizen melepaskan geram dengan mendakwa terdapat orang kenamaan (VIP) mendapat layanan istimewa ketika negeri itu dilanda masalah bekalan air.

Beberapa tulisan Masdiana ditularkan, antaranya yang memaparkan tangki Air Selangor di depan rumahnya.

Terdapat juga tangkapan skrin dari Instagram Masdiana semalam yang menunjukkan anaknya berenang dalam kolam mandi dengan kapsyen “bila air takde”.

Isterinya menegaskan tiada niat untuk bermegah-megah, malah menafikan lori tangki itu dihantar bagi memenuhkan kolam renang.

Dia juga memohon maaf atas “kekhilafan” dan berjanji akan membantu penduduk yang belum menerima bekalan air.

Jumaat lepas, empat loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihenti tugas ekoran pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang.

Ia menyebabkan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat