Nor Hidayah tak saman ibu mentua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Disangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari.

Isu membabitkan balu Allahyarham Abam Bocik, Nor Hidayah Mohd Ali dan keluarga mentua makin berpanjangan hingga menimbulkan beberapa kekeliruan.

Menerusi sidang media tergempar, wakil peguam Nor Hidayah dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah menjelaskan kekeliruan yang timbul berikutan proses undang-undang yang dikenakan terhadap anak guamnya.

Peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad menafikan dakwaan Nor Hidayah membuat tuntutan saman terhadap ibu mentua, Sabariah Arshad. Sebaliknya, Sabariah yang bertindak memfailkan saman terhadap Nor Hidayah, Julai lalu.

“Kami tidak pernah mengeluarkan saman terhadap Sabariah. Bagaimanapun, anak guam kami menerima saman sivil daripada Sabariah.

“Kes bermula apabila kami memfailkan satu saman bagi pihak Hidayah terhadap adik ipar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau Ali Puteh yang didakwa mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur fitnah, Mei lalu.

“Bagaimanapun, Ali memfailkan tindakan saman balas terhadap Hidayah. Tindakan saman dikeluarkan Ali bersama ibu, bapa dan kakaknya. Ini adalah tindakan berasingan yang dimulakan oleh kedua-dua belah pihak,” kata Mohamed Ibrahim.

 

 

Nor Hidayah Mohd Ali (tengah) bersama dua peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad (kiri) dan Fadhlina Siddiq.
Nor Hidayah Mohd Ali (tengah) bersama dua peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad (kiri) dan Fadhlina Siddiq.

Mohamed Ibrahim berkata, ada usaha menggabungkan dua tindakan berkenaan.

“Kami ingin menjelaskan, tindakan saman hanya membabitkan Ali tanpa ahli keluarga lain. Insya-Allah, perbicaraan tuntutan akan digabungkan dan didengar di mahkamah tidak lama lagi.

“Sabariah menerusi tuntutannya menuntut ganti rugi am dan injuksi untuk menghalang Nor Hidayah memberikan sebarang kenyataan.

“Sehubungan itu, kami minta semua pihak menghormati proses mahkamah dan tidak membuat komen kerana prosiding sudah bermula. Anak guam kami juga dinasihati tidak memberikan sebarang komen, ” katanya. Turut hadir, peguam syariah, Fadhlina Siddiq.

Terdahulu, siaran langsung menerusi Facebook sebuah portal berita, Ali menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya.

Bagaimanapun, Ali tidak menjelaskan kandungan terperinci surat berkenaan hingga mengundang pelbagai spekulasi netizen.

Memberikan pencerahan surat saman yang dinyatakan Ali, Fadhlina berkata, Sabariah antara tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

“Kami menerusi mahkamah syariah ada menyebut nama Sabariah untuk pengesahan tuntutan faraid, hak jagaan anak (hadanah) dan sebagainya.

“Untuk mahkamah syariah tak timbul isu saman mana-mana pihak, selain hanya pengesahan waris yang berhak,” kata Fadhlina.

Turut hadir pada majlis sidang media tergempar, Nor Hidayah bersama ahli keluarganya. Bagaimanapun, dia enggan mengulas mengenai isu berbangkit.

Beberapa bulan lalu, Ali pernah memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ali mengambil tindakan berkenaan selepas mendapatkan nasihat daripada peguam berikutan kakak iparnya itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadapnya dan keluarga.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat