‘Cukuplah tu, tak nak ulas lagi’

- Advertisement -

PELAKON Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, mengambil tindakan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkongsian dimuat naiknya di media sosial untuk liputan berita menyeluruh.

Noorkhiriah berkata, cukuplah dengan perkongsian luahan-luahan berkenaan dimuat naik di Instagram untuk tatapan pengikutnya.

“Saya fikir cukup kongsi luahan di Instagram saja. Tak perlulah diulas lebih lanjut untuk menjadi bahan berita di media pula.

“Macam perkhidmatan van jenazah yang diwakaf itu, saya rasa tidak ada apa-apa lagi yang nak dikongsikan. Tiada cerita menarik pun,” katanya.

Norkhiriah berkata, keputusan enggan bercerita mengenai perkara baik dilakukan sudah difikir dengan teliti dan semasak-masaknya.

“Buat masa sekarang, inilah keputusan saya (tak bercerita lanjut). Lebih baik untuk tidak terlalu bercerita.

“Saya mohon maaf, jika tidak dapat memberi kerjasama. Apapun, saya sentiasa bersikap terbuka menjalin kerjasama lain dengan media,” katanya.

Sebelum ini, Noorkhiriah dikata sering berhadapan kecaman daripada segelintir netizen yang menulis komen negatif pada setiap hantaran dimuat naiknya di Instagram.

Malah, ada segelintir warganet yang sanggup meninggalkan komen berbaur maki hamun dan kata-kata kesat pada hantaran dibuat Noorkhiriah.

Bagi ibu tiga anak ini, luahannya di Instagram itu sudah berpada-pada.

Ujarnya, tidak ada apa yang perlu dibicara atau komen dengan panjang lebar lagi di media.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat