GPH pasti kian hangat

- Advertisement -

TRIO pagi di stesen radio Hot FM, Geng Pagi Hot (GPH) yang diterajui Shuk, Shuib dan Fizie berazam menampilkan pengisian lebih hangat kepada pendengar setia stesen radio terbabit.

Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata, keserasian Shuk, Shuib dan Fizie menjadi kekuatan segmen GPH.

“Sudah hampir dua tahun kami mengekalkan trio GPH ini dan bagi merancakkan lagi pengisian GPH, mereka bakal diberi cabaran Lima Hari Mengenalimu sempena ulang tahun Shuib pada 12 September ini. Aktiviti itu bertujuan menguji erti persahabatan dan keserasian antara mereka supaya boleh dijadikan contoh yang baik kepada pendengar,” katanya.

Bulan ini, pendengar juga berpeluang mengenali Shuk, Shuib dan Fizie dengan lebih mendalam dengan mengikuti pengisian istimewa GPH apabila mereka akan diberikan masa lima hari untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Pengisian istimewa seperti itu diharap dapat mendekatkan lagi pendengar dengan personaliti GPH sekali gus mewujudkan kemesraan dalam perhubungan stesen radio berkenaan bersama pendengar.

 

SHUIB
SHUIB

 

Dengan menumpukan elemen muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini, pihak pengurusan Hot FM mengatur strategi terbaik untuk memastikan pengisian GPH menepati cita rasa pendengar.

Ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi, pendengar bakal disajikan dengan pelbagai segmen menarik dan bermanfaat.

Antaranya Sketchah GPH, sketsa pendek menampilkan topik-topik kehidupan seharian yang disampaikan secara ringan tetapi masih menyelitkan elemen gurauan yang positif buat pendengar.

Penampilan Fatimah Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Teacher Fati mewarnai segmen English Hot di mana setiap hari trio GPH akan mempelajari cara untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan betul bersama Teacher Fati.

Dua watak istimewa di GPH iaitu Kak Ello dan Sapie juga akan disajikan setiap hari menerusi segmen yang tersendiri.

Kak Ello yang juga ‘favourite girl’GPH akan berkongsi gosip terkini dunia hiburan dengan gaya lucu dan bersahaja, manakala Sapie yang juga watak berasal dari utara tanah air akan memberikan tips dan petua harian berguna kepada para pendengar.

 

SHUK
SHUK

 

Dalam pada itu, GPH juga akan bekerjasama dengan pelajar muzik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, Kuala Lumpur bagi memberi nafas baru kepada lagu patriotik, Setia sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ainul berkata, projek itu turut membabitkan penyanyi popular, Siti Sarah dan Syamel bagi memberi lebih warna kepada lagu itu.

Selain itu, Hot FM juga bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar dengan menawarkan wang tunai sehingga RM20,000 menerusi Hot FM Duit Dari Kayangan.

Ainul berkata, untuk kempen kali ini, Kiki Kayangan masih memainkan peranan penting sebagai puteri dari kayangan yang turun ke bumi untuk menawarkan wang tunai buat pendengar setia Hot FM.

“Antara langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai Hot FM Duit Dari Kayangan adalah dengan mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan nyanyian atau sajak dan sebagainya yang akan disuarakan oleh Kiki Kayangan.

“Kemudian, pendengar perlu tunggu isyarat memanggil dan telefon Hot FM di 03-77108822 untuk teka apakah tajuk lagu dan siapakah penyanyi dengan betul, berdasarkan ‘snipet’ audio yang disuarakan oleh Kiki Kayangan,” katanya.

 

FIZIE
FIZIE

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat