Fiza Halim utamakan keluarga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Memberi tumpuan kepada anak bongsu berusia dua tahun, Fiza Halim berhati-hati menerima tawaran berlakon agar tugas hakiki di rumah tidak terganggu.

Tidak pernah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan, bekas anggota kumpulan Elite ini perlu memberi perhatian kepada keluarga terutama si comel, Baby Aleena hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Aizat Al Jefri.

“Biarpun berbunyi klise, kenyataan rindu kalau tidak berlakon itu sudah menjadi hakikat. Itulah mata pencarian saya selama ini selain membuat ulasan produk di Instagram.

“Berbanding dua kakaknya, Aryanna dan Adyrra, membesarkan Baby Aleena agak mencabar. Dia suka memerap dan hendak perhatian yang lebih.

 

 

Fiza bersama suami, Aizat Al Jefri. Foto Ihsan Fiza Halim
Fiza bersama suami, Aizat Al Jefri. Foto Ihsan Fiza Halim

 

“Saya pula tidak menggunakan khidmat pembantu rumah, jadi, serba-serbi saya lakukan sendiri,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Fiza perlu berhati-hati menimbang tawaran berlakon agar tanggungjawab di rumah tidak terabai.

“Saya baru menolak tawaran berlakon. Saya perlu fikir banyak kali disebabkan anak ketiga ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi,” katanya.

Dalam kesibukannya mengasuh anak, Fiza bagaimanapun sempat membintangi telefilem Ganggu berganding dengan Zarul Husin.

“Kalau kena tawaran termasuk waktu sesuai, memang saya berlakon. Saya akan cuba uruskan sebaik mungkin keperluan rumah termasuk anak-anak.

“Saya terima tawaran telefilem Ganggu kerana penggambaran tidak lama. Kebetulan suami tidak terikat dengan kerja ketika saya menyiapkan telefilem berkenaan,” katanya.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat