Pengawal Keselamatan Mangsa Tetak Meninggal Dunia

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Pengawal keselamatan yang cedera parah akibat ditetak dengan pedang dalam satu kejadian di tapak projek perumahan di Bukit Bayan, di sini Khamis lalu, meninggal dunia hari ini.

Ismail Ahmad, 58, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini pada pukul 6.15 petang ini.

Ismail dimasukkan ke hospital itu akibat cedera parah di kepala dan tangan kiri selepas ditetak dengan pedang oleh seorang lelaki, empat hari lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pesara tentera bertugas di pos pengawal di tapak projek perumahan tersebut.

Dia dikatakan ditetak selepas menegur seorang lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya di dalam kawasan projek perumahan yang dikawalnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di hospital sama.

Terdahulu, seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Tertuduh, R. Subramaniam, 41, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Dia didapati dengan niat menyebabkan cedera parah terhadap Ismail menggunakan sebilah pedang di kawasan pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Bayan pada pukul 4.40 petang, 4 Ogos lalu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat