Kerajaan Lulus Projek Fasa 2 Sarawak-Sabah Link Road dan LTB – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Kerajaan Persekutuaan telah meluluskan Projek Fasa 2 Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB).

Perdana Menteri berkata penelitian teknikal bagi projek Fasa 2 SSLR dan LTB yang menghubungkan Miri, Limbang serta Lawas itu kini di peringkat akhir.

“Dengan penelitian teknikal yang kini di peringkat akhir, Kerajaan komited untuk memulakan pembinaan Fasa 2 Projek SSLR dan Projek LTB seawal tahun depan dengan tempoh pembinaan selama tiga hingga lima tahun,” katanya, semasa berucap merasmikan pembukaan laluan Seksyen Pujut WPC11 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, hari ini.

Menurut beliau lagi, projek itu bukan sahaja akan membolehkan penduduk di kawasan utara Sarawak menuju ke Sabah melalui dua opsyen jaringan jalan raya, malah memberi manfaat kepada penduduk sekitar Mulu, Long Seridan, Nanga Medamit, Long Lopeng, Ba’kelalan dan Merarap yang kini bergantung kepada jalan balak sebagai jalan perhubungan utama.

“Pengguna dari Miri ke Limbang dan Lawas boleh melalui Brunei menggunakan laluan Projek LTB sepanjang 96 kilometer (km) yang bakal ditambah baik kepada dua lorong untuk perjalanan dua hala.

“Bagi mereka yang tidak mahu melalui Brunei, boleh menggunakan jajaran Fasa 2 Projek SSLR sepanjang 326km yang merupakan kesinambungan Fasa 1 Projek SSLR dari Simpang Gelugus ke Long Lopeng sepanjang 77km.

“Projek ini yang melibatkan kos berjumlah RM10.62 bilion bakal membolehkan komuniti dan penduduk di Miri, Limbang dan Lawas menikmati jaringan jalan raya yang lebih baik, selamat dan selesa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat