Kalau Ada Orang Mengata Mahathir, Saya Akan Tumbuk Kata MB Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi amaran kepada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar berhenti mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada bekas Pengerusi parti itu.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu berkata sebagai ahli parti, semua perlu menunjukkan rasa hormat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Semua ahli pelu memberi sokongan 100 peratus kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Bukan kita tak sayang pemimpin lama dan saya kata di tempat lain dan banyak orang tak berapa suka saya cakap.

“Kalau ada orang mengata Dr Mahathir, kalau kata orang kata bukan-bukan kepada Mukhriz, saya tumbuk. Saya ini panglima dia. Siapa cakap tak baik tentang dia saya tumbuk, gaduh pun gaduhlah, serius,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat bahagian-bahagian Bersatu Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau seterusnya menggesa agar semua ahli parti memberikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri.

“Hari ini presiden kita adalah perdana menteri, kita patut berbangga. Apakah Tan Sri Muhyiddin seorang yang sempurna? Sudah tentu tidak. Dia ada banyak kelemahan, Peja sebagai menteri besar Perak seorang yang sempurna? Tentu tidak.

“Apakah Dr Mahathir sebagai perdana menteri kita dulu sempurna? Tentu tidak, tetapi hari ini ditakdirkan Allah bahawa Muhyiddin memegang teraju kepimpinan dan tanggungjawab kita sebagai ahli bagi sokongan sepenuhnya,” tegasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat