Mr. Bean merupakan siri ‘live action’, animasi dan juga filem terkenal satu ketika dahulu. Kita sering dihiburkan dengan teletah Mr.Bean yang melucukan.
Adakah anda pernah melihat kek coklat hari jadi dalam siri tersebut? Terbaharu, tular di media sosial gambar kek daripada siri animasi Mr.Bean yang telah dihasilkan oleh pengguna Twitter @nahlahrsl dan berjaya mencuri tumpuan netizen.
Nampak sama, bukan? Rata-rata netizen berasa teruja apabila melihat perkongsiaan tersebut dan ingin beliau kongsikan cara-cara untuk membuat kek tersebut. Menurutnya, kek yang dihasilkan itu secara tidak sengaja sama dengan kek dalam siri animasi Mr.Bean.
My dream to taste mrbean’s cake come true? 🥺🥺🥺
— ᴋᴋ (@mrxhnaaa) July 25, 2020
Buat anda yang teruja untuk mencuba sendiri kek ini, mungkin inilah masanya untuk anda buat sendiri di rumah. Beliau telah berkongsi cara dan resipi untuk membuat kek Mr.Bean ini pada sebuah video. Mudah sahaja untuk membuatnya.
Jika anda pernah teringin untuk rasa kek coklat Mr.Bean, inilah peluang keemasan anda. Selamat mencuba!
The Vocket