PH kalah, Isyarat rakyat marah – Hasan Karim

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang berlangsung semalam kerana rakyat marah terhadap kerajaan.

Tegasnya, PKR dan PH kalah di Sungai Bakap kerana isu ekonomi.

Jelas beliau, rakyat di Sungai Bakap menyimpulkan bahawa tak ada beza kerajaan sekarang dengan kerajaan- kerajaan yang terdahulu.

“Saya lihat PKR kalah di Sungai Bakap dalam isu naratif nasional.

“Hari mengundi 6 Julai. Dua hari sebelum itu pada 4 Julai dibentangkan di Parlimen Laporan Ketua Audit Negara tentang penyelewengan dan ketirisan 11 projek-projek syarikat kerajaan.

“Antaranya penyelewengan dan ketirisan berbilion ringgit itu berlaku pada masa kerajaan sekarang.

“Mudah sahaja rakyat di Sungai Bakap menyimpulkan bahawa tak ada beza kerajaan sekarang dengan kerajaan- kerajaan yang terdahulu,” katanya menerusi catatan Facebooknya.

Jelas Hasan lagi, kekalahan PKR dan PH yang mewakili Kerajaan Persekutuan kalah dengan isu perlaksanaan subsidi bersasar diesel.

Naratif politik pun tidak begitu baik apabila subsidi diesel ditarik balik sebahagiannya selepas langkah kerajaan menaikkan cukai SST dari 6 kepada 8% bagi sesetengah barang. Fitrah rakyat di mana-mana negara sekali pun mereka tak suka jika subsidi untuk rakyat dikurangkan atau dihapuskan atau cukai dinaikkan.

Dasar- dasar mengenai cukai dan subsidi ini diputuskan di Putrajaya.Tetapi kesan yang terpaksa dipikul ialah kekalahan calon PKR di Sungai Bakap.

Dari segi politik orang Melayu dan Islam, nampaknya PKR dan PH juga kalah dari segi naratif dan optik.

“Jadi tidak hairan jika pengundi-pengundi di saluran 5, 6 dan 7 yang terdiri pengundi-pengundi di PRK Sungai Bakap menolak calon PKR dari PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Jelas sekali bahawa PKR dan PH kalah di Sungai Bakap kerana isu ekonomi. Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri ke-6 kalah dalam PRU14 pada Mei 2018 kerana isu GST dan 1MDB.

“Kali ini di PRK Sungai Bakap PKR dan PH yang mewakili Kerajaan Persekutuan kalah dengan isu perlaksanaan subsidi bersasar diesel,” ujarnya lagi.

Mengenai calon, calon PKR di Sungai Bakap ini seorang calon yang bersih, berintegriti, dengan kelulusan yang tinggi dan layak menjadi wakil rakyat yang baik

Tetapi menurutnya lagi, malang sungguh kepada calon PKR pertama kali itu terpaksa memikul dosa PKR yang dikatakan telah memungkiri janji reformasi mereka, sehingga NGO BERSIH memberi grade F kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh PKR.

“Dengan pelbagai sebab dan antaranya seperti apa yang saya senaraikan di atas, mungkin menjadi alasan mengapa calon PKR tewas di PRK Sungai Bakap.

“Jika Kerajaan Perpaduan sekarang khususnya PKR dan PH tidak membina naratif nasional yang betul bukan sekadar bercakap sahaja tetapi dengan perbuatan di mana rakyat boleh melihat di atas meja rumah mereka sudah ada beras putih tempatan yang mampu dibeli dengan harga berpatutan dan kos sara hidup seharian semakin ringan dan mudah sehingga rakyat boleh menarik nafas lega ; apabila inflasi menurun, gaji pekerja bertambah naik, maka ketika itu mungkin sebahagian besar rakyat khususnya golongan B40 dan M40 akan mengambil sikap lebih mesra dan memihak kepada PKR, PH, Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani.

“PKR khususnya ada masa tak sampai 3 tahun sahaja lagi untuk mengelakkan PM Anwar Ibrahim menerima nasib yang sama seperti PM Rishi Sunak di United Kingdom yang tewas dalam pilihanraya pada Jumaat 5 Julai lalu,” katanya lagi.

Terdahulu, calon Perikatan Nasional Abidin Ismail menang pada Pilihan Raya Kecil Sg Bakap yang berlangsung hari ini.

Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berjaya meraih 14,489 undi, manakala pencabarnya Joohari Ariffin memperolehi 10,222 undi.

Perikatan Nasional juga memperolehi majoriti dengan lebih besar sebanyak 4,267 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam tadi.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.-SUARATV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat