Formula ‘bahlol dan bodoh’ punca kekalahan PH-BN kata Dr Akmal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, punca kekalahan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang berlangsung semalam berpunca daripada formula ‘bahlol dan bodoh’ yang diungkap oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kata Dr Akmal, pemimpin jangan sombong dengan rakyat, dan hasilnya rakyat telah mengundi calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail.

“Formula bahlol dan bodoh dari raja formula telah mendatangkan hasil di sungai bakap

‘Tahniah rakyat sungai bakap

‘Pemimpin jangan sombong dengan rakyat”, tulis ringkas Dr Akmal menerusi Facebooknya, pada Ahad.

Terdahulu, tersebar video Rafizi Ramli berucap pada kempen PRK Sungai Bakap yang menggunakan perkataan ‘bahlol’ kepada rakyat yang mempertikai formulanya.

Pada PRK Sungai Bakap yang berlangsung semalam Calon Perikatan Nasional Abidin Ismail menang pada Pilihan Raya Kecil Sg Bakap yang berlangsung hari ini.

,Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berjaya meraih 14,489 undi, manakala pencabarnya Joohari Ariffin memperolehi 10,222 undi.

Perikatan Nasional juga memperolehi majoriti dengan lebih besar sebanyak 4,267 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam semalam.-SUARATV

BACA LAGI:

  1. https://suara.tv/06/07/2024/pn-menang-di-sg-bakap-majoriti-meningkat/
  2. https://suara.tv/07/07/2024/ph-kalah-isyarat-rakyat-marah-hasan-karim/
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat