Tujuh bulan, 19 inisiatif bantu kurangkan beban ekonomi rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sepanjang tujuh bulan pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah melaksanakan sekurang-kurangnya 19 inisiatif untuk membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Menerusi satu video khas siri pertama laporan pencapaian Kerajaan Perpaduan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, merangkumkan inisiatif yang telah dilaksana membabitkan pengenalan beberapa inisiatif dan bantuan baharu serta menaikkan kadar bantuan sedia ada.

Daripada 19 inisiatif yang sudah dilaksanakan, sembilan daripadanya membabitkan peningkatan kadar bantuan sedia ada yang memanfaatkan pelajar, anak muda, golongan berpendapatan rendah, guru Kelas Agama dan Fardu Ain, penjawat awam, pesara kerajaan dan pekebun.

Menurut Fahmi, ia merangkumi kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada RM1,100 sebulan; Bantuan Awal Persekolahan menjadi RM150; e-dompet (RM200) serta Sumbangan Tunai Rahmah yang diberi sehingga RM2,500, berbanding RM1,800 bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebelum ini.

Selain itu, katanya, elaun 35,000 guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) dinaikkan kepada RM1,100 sebulan, dan kepada sumbangan imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir naik kepada RM600.

Bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan turut dinaikkan, masing-masing kepada RM700 dan RM250, manakala bantuan musim tengkujuh kepada pekebun meningkat kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.

Pada masa sama, Kerajaan Perpaduan turut memperkenalkan tiga bantuan baharu, iaitu Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada pesawah, nelayan dan pekebun; selain buat kali pertama pesawah mendapat sumbangan tambahan RM250 hasil agihan sumbangan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM60 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat