Kalau Menteri tak cekap, lemah wajarlah kena tegur – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya ada dikalangan menteri dalam Kerajaan Perpaduan didapati tidak cekap, tidak pandai mengurus dan juga tidak ada idea baharu situasi itu tidak wajar dibiarkan sebaliknya mereka perlu ditegur.

Meskipun pendirian semasa Umno ialah mempertahankan Kerajaan Perpaduan namun, Datuk Dr Puad Zarkashi berpendapat teguran itu adalah penting bagi memastikan kerajaan hari ini terus kuat.

Puad yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengakui bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengingatkan ahli Umno agar tidak mengkritik parti di media umum.

Bagaimanapun beliau tetap berpendirian teguran adalah penting bagi memperbetul kelemahan terutamanya melibatkan prestasi Jemaah Menteri.

“Saya setuju dengan pandangan ini (Mohamad) tetapi bagi saya Umno juga kena ada pendirian iaitu jika berlaku perkara-perkara yang melampaui batas… di mana jika ada di kalangan menteri itu tidak cekap, tidak pandai mengurus dan tidak ada idea baru. Takkan kita nak biarkan mereka juga perlu ditegur.

“Menengur itu sebenarnya untuk memastikan Kerajaan Perpaduan kuat. Tapi pokoknya, saya yakin kita setuju Kerajaan Perpaduan ini harus dipertahankan,” katanya ketika ditemui media di WTCKL pada malam Rabu.

Dalam perkembangan sama, Puad juga tidak menolak cabaran media sosial yang harus ditangani terutamanya membabitkan isu politik.

“Ucapan Mohamad bukan menjurus beliau nak sekat kebebasan bersuara dalam parti, tetapi maksudnya ia perlu diurus dengan baik sebarang kritikan dalaman itu.

“Tapi cabaran media sosial, ada perbezaan apabila sesuatu isu dibawa dalam mesyuarat dengan hantaran di media sosial.

“Ini media sosial ia perlu cepat dan pantas, tak semestinya semua isu bawa dalam mesyuarat. Dia kata kalau nak bergaduh tepuk meja dalam mesyuarat namun ini bertentangan dengan media sosial pada hari ini,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat