ASUS lancar pelbagai variasi RTX 3080Ti

- Advertisement -

Jenama kelas permainan terkemuka, ASUS menerusi Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan beberapa variasi baharu untuk kad grafik keluaran Nvidia iaitu GeForce RTX 3080Ti.

Kad grafik berkenaan yang dikuasakan dengan Nvidia Ampere menawarkan prestasi lebih baik terutamanya untuk resolusi permainan 4K dan pelbagai skrin.

Bagi kad grafik berkenaan, ASUS ROG menawarkan tiga variasi asal iaitu daripada barisan produk Strix LC, Strix dan TUF yang menawarkan rekaan serta ciri khusus yang berbeza.

Untuk kad kelas premium, ASUS ROG menawarkan RTX 3080Ti Strix LC yang didatangkan dengan dua variasi iaitu menggunakan kod ‘O12G’ dan ’12G’.

ASUS ROG Strix LC RTX 3080Ti ini didatangkan dengan cecair penyejuk dengan dua kipas untuk prestasi maksimum serta mengekalkan suhu pada tahap minimum.

Bagi variasi ROG Strix pula, ia dilengkapi dengan binaan tiga kipas penyejuk bersama-sama plat pelindung belakang termasuk rekaan terkini elemen penyejukan.

Tanda harga bagi ROG Strix LC bermula RM9,130, ROG Strix (RM8,520) dan TUF (RM5,680).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat