Agong Titah Mengadap Semua Pemimpin Parti Politik Utama?

CYBERJAYA – SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9-11 Jun 2021.

Menurut beberapa sumber, Baginda dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi pertama, diikuti dengan parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.

Baginda juga dijangka menggunakan pertemuan tersebut untuk mendengar pandangan isu semasa dan mengenai lanjutan proklamasi darurat.

Proklamasi Darurat yang dibuat pada 12 Januari 2021 akan berakhir pada 1 Ogos 2021. Baginda dijangka akan membuat keputusan sama ada akan menamatkan Darurat atau menyambung lagi pada Julai nanti.

Terdapat pandangan Darurat wajar disambung sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2021 memandangkan ancaman pandemik Covid-19 masih serius membabitkan ribuan kes sehari dan usaha vaksinasi belum mencapai 50%.

Bagi pelanjutan tempoh Darurat juga, Baginda dijangka akan mendengar pandangan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria

Topik Hangat

“Saya dah tutup pintu depan tapi…. “ – Ismail Sabri kecewa total lockdown disabotaj

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan total lockdown melalui PKP 3.0 kali ini dikritik teruk kerana ia ‘ditebuk’ oleh beberapa kementerian dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN)...

Cheng Hoe Panik Safawi Dengan Sumareh Bertumbuk

Kuala Lumpur: Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kelihatan panik dan cemas apabila tiba-tiba dikejutkan dengan isiden dua pemainnya, Safawi Rasid dan...

Armada Biadap, UMNO Tidak Berminat WhatsApp Group dengan Bersatu – Shahril Hamdan

CYBERAJAYA - Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menyifatkan serangan melulu exco Armada Saiful Bahari ke atas Ketua Pemuda UMNO, Datu Asyraf Wajidi Dusuki...

Berita Berkaitan

Timbalan Menteri Kecewa Kualiti Makanan di Pusat Kuarantin

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Yazid mengingatkan semua pembekal makanan pusat kuarantin agar menyediakan makanan yang memenuhi...

[email protected]: 1,000 Penduduk PPR Kampung Muhibbah Disuntik Vaksin

KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah menerima vaksin menerusi Projek Rintis Trak Bergerak [email protected] hari ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan...

70 Peratus Penjawat Awam Negeri Sabah di Arah Kerja Dari Rumah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menetapkan 70 peratus penjawat awam di negeri ini bekerja dari rumah sepanjang sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...