Umno tiada masalah dibaham ‘naga’ sama berkali-kali – Annuar dakwa Umno lebih yakin keikhlasan DAP

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat Tan Sri Annuar Musa mendakwa Umno zaman sekarang tidak selesa berpadu sesama Melayu dan Islam.

Kata Annuar, Umno takut ‘dipatuk dua kali di lubang yang sama’ tetapi mereka tiada masalah dibaham berkali-kali oleh naga yang sama.

“Tok Mat Negeri Sembilan (Datuk Seri Mohamad Hasan) pernah mengisytiharkan bahawa DAP adalah parti yang jujur.

“Presiden Umno (Datuk Seri Zahid Hamidi) juga memberi gambaran sangat positif tentang DAP. Beliau mahu kerjasama itu terus dipertahankan.

“Hari ini (semalam) big boss DAP (Lim Guan Eng) mengeluarkan kenyataan bahawa Umno tak boleh dipercayai..ini bukan kali pertama Umno dan pemimpinnya diperlekeh oleh DAP.

“Namun kita percaya semua ini hanya drama. Keyakinan Umno pada DAP seperti digambarkan Tok Mat itu terus kekal..mantap.

“Kesian Dr Akmal..kesian Datuk Seri Jalaluddin Alias.Mereka ikhlas mahu menjaga kepentingan dan perpaduan politik Melayu. Apakan daya,bos-bos mereka utuh yakin keikhlasan DAP.

“Mereka pun terpaksalah turut yakin pada keikhlasan DAP. Mantap UMDAP,” kata bekas Ahli Parlimen Ketereh itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat