Zahid Hamidi Desak Kerajaan Segera Tubuhkan RCI

CYBERJAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador .

Menurut Ahmad Zahid, pendedahan kedua-dua bekas ketua dua organisasi penting Kerajaan adalah amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara.

Ahmad Zahid berkata demikian melalui satu kenyataan media yang menyokong desakan penubuhan RCI oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

“Penubuhan RCI bagi tujuan di atas boleh disekalikan dan harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap insitusi dan sistem yang membentengi Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara”

Ahmad Zahid turut meminta Menteri-Menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan ini kepada Kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan.

Terdahulu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia meminta agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Tommy Thomas berhubung isu dibangkitkan bekas Peguam Negara itu dalam bukunya “My Story: Justice in The Wilderness”.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador juga sebelum ini turut mendedahkan berlaku campur tangan ahli politik dalam pelantikan pegawai kanan polis.

Abdul Hamid turut mendakwa Menteri meminta cawangan khas melakukan beberapa operasi bagi tujuan kepentingan politik tanpa memberi butiran lanjut atas sebab kerahsiaan. -SuaraTV

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Pembangkang Cuma Boleh Cetus Huru-Hara Tapi Tidak Akan Berjaya – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR - Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyuntik keyakinan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat masih takut-takut untuk membuka...

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...