Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

- Advertisement -

ALOR SETAR – Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan isi hati sebagai peniaga, adalah fitnah yang dijaja pihak tertentu dengan tujuan tidak baik.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, dakwaan kononnya Menteri Besar enggan melayan kunjungan peniaga tersebut, langsung tidak berasas kerana Muhammad Sanusi sebenarnya tidak berada di pejabat ketika itu.

Katanya, peniaga itu dibawa untuk bertemu dengan Ketua Pegawai Khas Menteri Besar, Zulkifli Yahya.

“Itu bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Exco kerajaan negeri tetapi Ketua Pegawai Khas Menteri Besar. Selain itu tetamu itu juga tidak melutut sebaliknya duduk di atas sofa yang rendah.

“Dakwaan kononnya Zulkifli mempermainkan peniaga itu dengan membuat rakan video semasa dia mengadu masalah dan merayu juga tidak betul. Rakaman itu sebenarnya dibuat pegawai khas berkenaan untuk disampaikan kepada Menteri Besar,” katanya menerusi laman Facebooknya, semalam.

Sejak semalam, tersebar klip video berdurasi 20 saat memaparkan seorang lelaki merayu mengenai nasibnya sebagai peniaga sambil aksinya itu dirakam seorang lelaki lain yang dikatakan Exco kerajaan negeri.

Klip video itu menjadi tular dalam media sosial kerana terdapat dakwaan kononnya peniaga tersebut membuat rayuan itu sambil melutut setelah Menteri Besar enggan bertemunya.

Afnan menambah, dakwaan mengatakan Menteri Besar tidak mengambil tahu masalah peniaga seperti yang ditimbulkan bersama klip video itu juga tidak benar.

Jelasnya, Muhammad Sanusi telah membawa pandangan daripada golongan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar operasi bazar Ramadan diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Cadangan ini sebenarnya sangat berisiko tetapi langkah tersebut tetap diambil demi memberi kemudahan kepada para peniaga memperolehi sumber pendapatan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat