PH Lantik Anwar Jadi Ketua Pembangkang

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pakatan Harapan (PH) menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Anwar berkata, persetujuan tersebut sudah dimaklumkan PH kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, baru-baru ini.

“Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail dah maklumkan kepada speaker keputusan majlis presiden dan sudah dimaklumkan kepada semua parti yang berpihak kepada pembangkang serta Warisan.

“Anwar sekali lagi dilantik menjadi ketua pembangkang,” katanya semasa sesi siaran langsung di Facebook hari ini.

Terdahulu ahli parlimen Port Dickson itu ditanya sama ada PH sudah menentukan calon ketua pembangkang atau belum, dan sudahkan speaker dimaklumkan mengenainya.

Anwar sebelum ini pernah mengetuai blok pembangkang di Dewan Rakyat sebanyak dua kali selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Pengumuman Anwar itu tidak mengejutkan selepas Bersatu menarik diri daripada PH untuk membentuk kerajaan baharu di Putrajaya bersama UMNO dan Pas dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain di Sabah.

Pada 14 April lalu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang dilihat banyak pihak sebagai perbincangan antara ketua kerajaan dan ketua pembangkang.

Dalam pertemuan hampir 45 minit itu, mereka berbincang mengenai langkah kerajaan menangani penularan koronavirus (Covid-19), kata Anwar dalam satu kenyataan selepas pertemuan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat