KPDNHEP Tangguh Pewartaan Pelitup Muka 1 Januari 2023

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menangguhkan penguatkuasaan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan ke 1 Januari 2023.

KPDNHEP dalam kenyataannya memaklumkan ini dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada umum dan memberi peluang kepada pihak industri dan pengguna untuk membuat penyesuaian sebelum pewartaan itu dilaksanakan.

“Usaha ini juga diambil bagi meningkatkan perlindungan dan keselamatan pengguna melalui pembudayaan standard serta mengatasi masalah lambakan barangan sub-standard dalam pasaran tempatan.

“Pematuhan perintah ini adalah diwajibkan ke atas pengilang dan pengimport bagi kedua-dua produk ini, dengan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP,” katanya.

Kementerian itu berkata, proses pewartaaan ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Mac 2022, selepas melalui pelbagai proses libat urus.

“Kedua-dua perintah ini juga telah dibentangkan kepada Jawatankuasa World Trade Organization TBT (Technical Barrier to Trade) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland bagi mendapatkan ulasan daripada 164 negara anggota WTO dan tidak mendapat bantahan,” katanya.

Dalam pada itu seramai 130 orang yang terdiri daripada pengilang, pengimport serta persatuan pelitup muka bukan perubatan dan wakil-wakil agensi hadir bagi sesi taklimat kandungan kedua-dua perintah secara terperinci.

Antara yang disampaikan melalui taklimat tersbut adalah mengenai tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh Kementerian sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport dimana syarikat akan didenda tidak melebihi RM 200,000.00.

Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.00.

“Individu (pengeluar/pengimport) didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjara tidak melebihi selama tempoh 5 tahun atau kedua-duanya sekali” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat