Solat Terawih, Imarah Masjid Sepanjang Ramadan Dibenarkan – Raja Muda Perlis

ARAU – Aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk solat tarawih sepanjang bulan Ramadan dibenarkan di Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penguatkuasaan semua aktiviti tersebut bermula 1 Ramadan di seluruh masjid dan surau yang berdaftar di negeri ini.

Titah Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), semua aktiviti tersebut perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun titah baginda, bagi mengelakkan berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat tarawih boleh dilakukan dalam dua sesi.

“Sesi pertama dilakukan pada pukul 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala sesi kedua pula bermula 10.30 malam sehingga 12.00 tengah malam,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Titah Syed Faizuddin lagi, masjid dan surau tidak dibenarkan menjemput imam dari luar Perlis kecuali telah mendapat kebenaran khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Warga asing juga dibenarkan solat tarawih kecuali Individu Dalam Siasatan (PUI) dan Individu Yang Dijangkiti Penyakit Berjangkit (PUS). Aktiviti pengimarahan masjid lain yang dibenarkan adalah seperti solat sunat witir, tazkirah, tadarus, iftar, gotong-royong, qiyamullail, pengagihan sumbangan dan lain-lain selagi ia mematuhi SOP dan penjarakan fizikal satu meter,” titah baginda.

Seterusnya baginda bertitah, aktiviti di masjid hendaklah ditamatkan sebelum 12.30 tengah malam bagi melakukan proses pembersihan dan nyah kuman.

“Masjid akan dibuka semula pada 4.00 pagi, namun pada 10 hari terakhir Ramadan masjid akan dibuka pada 3.00 pagi,” titah baginda. – Utusan

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...