Pengajian TVET Pilihan Sesuai Untuk Pelajar – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah antara pilihan yang sesuai untuk para pelajar yang masih mencari arah masa depan kerjaya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata TVET bukanlah pengajian kelas kedua untuk mereka yang tercicir atau kurang cemerlang, sebaliknya, kerjaya berasaskan kemahiran yang ditawarkan menerusi pengajian TVET mampu menjanjikan pendapatan lumayan.

“Bagi anak-anak dan para ibu bapa yang berada di persimpangan jalan dalam mencari arah masa depan kerjaya yang sesuai, saya ingin yakinkan saudara dan saudari bahawa pengajian TVET adalah antara pilihan yang sesuai.

“Bahkan institusi TVET negara sama ada awam atau swasta adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Ekspo dan Sidang Kemuncak Pendidikan TVET 2021 secara maya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata pengajian TVET adalah tunjang pembangunan sumber manusia dalam memastikan tenaga kerja baharu yang berkemahiran tinggi dapat dihasilkan terutamanya dalam bidang-bidang baharu yang penting kepada kemajuan negara. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat