Orang awam rakam penugasan SJR boleh ditangkap: KPN

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

KUALA LUMPUR – Orang awam yang sengaja merakam video atau mengambil gambar ketika penugasan anggota polis di sekatan jalan raya (SJJR) boleh dikenakan tindakan tegas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia mempunyai dengan niat untuk memberi persepsi negatif dalam media sosial.

“Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara bukanlah suka-suka untuk menyekat pergerakan atau menyusahkan orang ramai.

“Sebaliknya mereka (anggota polis) melaksanakan satu misi yang sungguh suci dengan objektif untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 demi keselamatan orang ramai,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, pegawai dan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya amat mudah terdedah untuk dijangkiti Covid-19.

“Oleh itu, mana-mana individu yang berniat untuk berbuat demikian (rakam dan ambil gambar untuk burukkan imej polis) diberi peringatan keras, ingatlah bahawa di luar sana banyak pihak yang memerhati anda untuk ditangkap.

“Sekiranya mereka keluar untuk memberi barangan tiada masalah, tetapi jika sengaja keluar untuk merakam sekatan jalan raya sudah jadi satu kesalahan kerana tugas polis yang menjalankan kewajipannya bukanlah satu bahan untuk difilemkan atau ditayang,” katanya.

Beliau berkata, PDRM juga sentiasa memastikan keselamatan pegawai dan anggota yang bertugas di sekatan jalan raya serta mereka juga perlu mematuhi jarak sosial.

Abdul Hamid berkata, beliau telah turun padang untuk memastikan kesemua anggota mempunyai penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman ada di setiap sekatan jalan raya.

“Setiap kali mereka menahan kereta, mereka tidak rapat serta sentuh pada bahagian badan kereta dan prosedur operasi standard itu telah ada. Mereka hanya bertanya kepada pemandu hendak ke mana dan selepas itu anggota saya segera membersihkan tangan mereka,” katanya.- Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan