SPRM rakam percakapan doktor rawat Ismail Sabri, ambil maklum status kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam percakapan pegawai perubatan yang merawat Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, bagi mengetahui status kesihatan sebenar Ahli Parlimen Bera itu.

Memetik laporan akhbar BH, dimaklumkan percakapan itu dilakukan di sebuah hospital di Lembah Klang pada jam 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai status kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Malam tadi, SPRM dilaporkan berkata, pihaknya mengambil kira keadaan kesihatan Ismail Sabri yang sebelum ini sudah menangguhkan beberapa siri pengambilan keterangan atas faktor masalah kesihatan.

“Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat.

“SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu, selain untuk mengenal pasti penyakit dihadapi beliau ,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini (Jumaat), tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana dikatakan masih tidak cergas dan diberikan sijil cuti sakit (MC) sehingga Rabu depan.

Ismail Sabri dilaporkan sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima jam selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut susulan serbuan di tiga premis yang menemukan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominum didakwa sebagai ‘safehouse’.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat