PRK DUN Ayer Kuning 26 April depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini.

“Sehubungan itu, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara akan dibuka mulai hari ini,” katanya pada sidang media, di Putrajaya pada Jumaat.

Ramlan berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi, menwaskan calon PH, PN, Parti Pejuang Tanahair dan Parti Sosialis Malaysia.

Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu.

Berdasarkan Daftar Pemilih SPR pada 2022, DUN Ayer Kuning memiliki seramai 31,940 pengundi dengan Melayu (55.64 peratus), Cina (21.99 peratus), India (14.30 peratus) dan lain-lain (8.07 peratus).

Daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar itu, 15,020 daripadanya berusia antara 18 hingga 39 tahun.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat