MySchoolBus@Wilayah bantu pelajar asnaf ke sekolah

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Perkara yang paling terkesan bagi sebuah keluarga miskin bandar dan berpendapatan rendah adalah perbelanjaan pendidikan untuk anak.

Mereka tidak mendapat peluang untuk menerima pendidikan yang sama rata seperti rakan sebaya mereka daripada kalangan keluarga yang lebih berkemampuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr.Zaliha Mustafa berkata demikian dalam majlis pelancaran pelekat korporat MySchoolBus@Wilayah di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya pada Rabu.

Menurutnya, inisiatif MySchoolBus@ Wilayah ini dilaksanakan bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan penduduk yang terlibat yang kebanyakannya adalah bertaraf miskin bandar.

Menurutnya lagi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut sama berkolbrasi merealisasikan program ini dengan menyumbangkan sejumlah RM 4.8 juta daripada wang kutipan zakat untuk disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menampung kos seramai 4,000 pelajar dari golongan asnaf ke sekolah.

“Sumbangan dari pihak MAIWP ini mencerminkan usaha kerajaan melalui pendekatan ‘whole of nation’ dalam memastikan perkhidmatan terbaik disalurkan kepada rakyat,” katanya.

“Ianya juga merupakan salah satu Program Usaha Jaya Insan (PUJI)
menangani miskin tegar bagi membantu golongan asnaf B40 khususnya mereka yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan anak-anak pergi dan balik sekolah, ”tambahnya.

“Dengan bantuan MySchoolBus @ Wilayah ini, kerajaan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada anak-anak agar mereka dapat meneruskan pengajian dan pembelajaran mereka di sekolah.

Pada sesi persekolahan yang akan bermula minggu hadapan ini, seramai 10,000 orang yang layak ditawarkan perkhidmatan ini, iaitu peningkatan sebanyak 11% berbanding tahun lalu, ujarnya.

“Selain membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam kalangan miskin bandar ianya turut memanfaatkan peningkatan ekonomi kepada seramai 107 orang pengendali bas sekolah yang merupakan nadi utama kepada perkhidmatan pengangkutan ke sekolah.

DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM 12 juta ke RM 15 juta bagi melaksanakan program ini setiap tahun, ”ujarnya lagi.

Menurut kenyataan DBKL program ini asalnya dikenali sebagai Program Bantuan Bas Sekolah Percuma kemudiannya dijenamakan semula pada 2021 dan kini dikenali sebagai MySchoolBus @ Wilayah.

Program ini mensasarkan seramai 10,000 orang pelajar yang akan menggunakan perkhidmatan bas percuma setiap bulan yang ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP dan DBKL.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr Haji Kamarulzaman Mat Salleh dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat