Azmin sangkal selain Rashid ada lagi 5 ADUN Bersatu akan berpaling

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari perlu tampil memberikan penjelasan berhubung laporan beliau menyokong kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sekiranya benar maka Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang diambil oleh Adun Selat Klang.

“Ini satu tindakan yang khianat dan tidak bertanggungjawab kepada mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Saya cadangkan sekiranya beliau tidak terbabit… Alhamdulillah tetapi tampillah untuk memberikan penjelasan kerana ini sudah menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat khususnya di Selat Klang.

“Berlaku adil kepada Yang Berhormat Selat Klang… Saya mencadangkan supaya beliau tampil menafikan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Undangan Negeri Selangor, di Shah Alam, semalam lapor Harian Metro.

Selain itu, Ketua Pembangkang Selangor itu juga menegaskan laporan sebuah portal yang mendakwa lima ADUN Bersatu Selangor menyokong kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari adalah palsu.

Portal berita mendakwa selain Abdul Rashid, lima ADUN yang akan turut menyokong Amirudin adalah ADUN Jeram (Harrison Hasan), ADUN Batang Kali (Muhaimin Harith Abdullah Sani), ADUN Sungai Kandis (Wan Dzanahurin Ahmad), ADUN Morib (Rosnizan Ahmad) dan ADUN Dengkil (Datuk Seri Jamil Salleh).

“Palsu, ini laporan palsu. Fitnah. Tidak benar ini semua. Rakyat penat, rakyat mahu kami berikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan itu yang kami lakukan.

“Saya percaya saudara saudari melihat bagaimana kami guna setiap ruang dalam Dewan untuk bawa suara rakyat. Ini komitmen dan kesungguhan kita.

“Tapi kalau ada isu seperti ini pastinya kita uruskan dengan bertanggungjawab,” katanya sambil menunjukkan ADUN berkenaan yang turut hadir di sidang media itu.

Namun, hanya Abdul Rashid tidak kelihatan pada sidang media berkenan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat