Fahmi tidak perlu menjadi ‘terpaling wartawan’ – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dinasihatkan supaya tidak cuba mengajar media mengenai peranan mereka, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.

𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐨𝐫𝐭𝐟𝐨𝐥𝐢𝐨 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 Ahli Parlimen 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (PN) itu akui kesal dengan kenyataan Fahmi
yang mengatakan bahawa kad perakuan media bukan lesen jadi wartawan.

“Kenyataan itu seolah-olah cuba menafikan wujudnya polemik berkenaan hal ini.

“Sikap sambil lewa Fahmi seperti menghina para pengamal media di negara kita.

“Fahmi tidak perlu menjadi ‘terpaling wartawan’ dengan cuba mengajar pengamal media mengenai peranan mereka,” tempelak Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.

Sebaliknya Wan Saiful mencadangkan Fahmi perlu turun ke lapangan bertemu wartawan dan pengamal media lebih kerap, supaya beliau sedar bahawa semakin ramai yang tidak senang dengan sikap kerajaan yang sering mengekang kebebasan media.

“Fahmi mesti mengutamakan tindakan untuk mempermudahkan pengamal media membuat liputan.

“Saya tak nampak apa yang Fahmi sudah buat untuk mempermudahkan wartawan melaksanakan tanggungjawab mereka. Yang lebih jelas, banyak tindakan Fahmi adalah untuk menghadkan kebebasan media.

“Apa jaminan bahawa kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih dalam pemberian kad perakuan wartawan? Rakyat semakin tidak yakin bahawa kerajaan ini bertindak adil kepada semua,” kata Wan Saiful.

Malahan kata Wan Saiful, Reporters Without Borders (RSF) juga telah menyatakan rasa ‘teramat risau’ mengenai sikap kerajaan apabila berdepan dengan isu-isu kewartawanan.

“Saya merasakan di bawah Fahmi, negara menyaksikan ‘pembunuhan’ perlahan-lahan segala reformasi berkaitan kebebasan media yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin sebelum ini,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat