Pusat latihan pesawah, Kompleks IADA siap 2027 – Arthur 

- Advertisement -

KOTA BELUD — Pembinaan Kompleks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang akan menjadi pusat latihan kepada pesawah dijangka siap menjelang tahun 2027 sekiranya proses tender dapat diselesaikan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup turut menyatakan komitmen mengadakan pertemuan bersama Menteri Kerja Raya Sabah bagi membincangkan alternatif mempercepatkan proses tender tersebut.

“Kerja-kerja tapak sudah selesai dilaksanakan dan kita berharap JKR Sabah akan dapat membuka tender projek Pembangunan IADA Kota Belud pada tahun ini. Sekiranya projek ini berjaya ditender pada tahun ini, Kompleks IADA Kota Belud dijangka akan dapat disiapkan pada tahun 2027.

“Kompleks ini juga akan menjadi pusat latihan kepada pesawah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan industri padi, bengkel jentera pertanian, makmal analisis pertanian dan lain-lain,” jelasnya ketika mengadakan Lawatan Kerja ke pejabat IADA Kota Belud hari ini.

Mengulas lanjut, Arthur berkata kompleks tersebut bukan sahaja akan menjadi mercu tanda kepada Pembangunan industri padi dan beras negara, malah akan menyumbang kepada pembangunan kawasan yang lebih holistik di mana aktiviti-aktiviti pembangunan kepada pesawah dapat diuruskan dengan lebih cekap.

“Pembinaan Kompleks IADA tersebut adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk memperkasa peranan IADA dan membantu pembangunan negeri Sabah khususnya sektor tanaman padi di daerah Kota Belud, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM36 juta pada tahun 2022 bagi tujuan pembinaan Kompleks IADA.

“Disamping itu, KPKM juga telah berjaya untuk membawa masuk benih padi baharu Siraj MR 297 dan MR 269 ke negeri Sabah dengan kerjasama MAFFI untuk peningkatan SSL negeri Sabah dan pendapatan pesawah tempatan. Inisiatif ini akan memberi lebih banyak pilihan benih padi kepada pesawah kita di Sabah,” katanya.

Arthur berkata, buat masa ini varieti padi berada di plot percubaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran bagi melihat keberkesanan dan potensi pengeluaran varieti padi tersebut.

Beliau yakin benih padi yang baharu ini akan dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan pesawah.

Dalam lawatan kerja itu juga beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama para pesawah di sekitar Kota Belud dan menyerahkan Mock Cheque Pembangunan Kawasan Sawah Padi (setakat Mac 2024) serta Jentera Pembajak dan Jentuai Padi Koperasi Pesawah Kota Belud dan juga bantuan bagi pembelian Pam Air.

Nilai keseluruhan bantuan berjumlah RM707,772.00 dan memberi manfaat kepada lebih kurang 600 orang pesawah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat