Penyingkiran empat ADUN Bersatu Pulau Pinang sebagai salah guna kuasa, bermotif politik – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mengosongkan empat kerusi ADUN parti itu sebagai penyalahgunaan kuasa dan jelas bermotif politik.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, tindakan DUN Pulau Pinang bukan sahaja jelas satu penyalahgunaan kuasa, malah pada hakikatnya tidak menghormati lunas-lunas demokrasi seta dilihat sebagai satu pencabulan undang-undang.

“Hak demokrasi rakyat dan pengundi telah dinafikan.

“Ini adalah suatu rampasan kuasa pengundi oleh DUN Pulau Pinang dengan berselindung di sebalik undang-undang,” kata Hamzah dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, Bersatu mengambil pendirian bahawa tindakan DUN Pulau Pinang menggunakan Artikel 14A Perlembagaan Pulau Pinang untuk meluluskan usul mengosongkan kerusi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Khalid Mahtab Ishaq (Bertam), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) adalah satu penyalahgunaan kuasa dan jelas bermotif politik.

“Ini terutamanya yang melibatkan dua ADUN Bersatu iaitu Khalid Mahtab Ishaq dan Zolkifly Lazim, yang tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan kerusi mereka perlu dikosongkan dibawah Artikel 14A.

“Kedua-dua ADUN Bersatu ini tidak pernah pada bila-bila masa meletak iawatan atau dipecat daripada parti Bersatu atau telah menvertai parti politik lain. Mereka kekal sebagai ahli Bersatu sehingga kini,” jelas bekas Menteri Dalam Negeri itu lagi.

Kata Hamzah, walaupun Bersatu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan keempat-empat ADUN ini.

Bersatu dinasihatkan dan mempercayai bahawa Mahkamah telah terkhilaf dalam menafsirkan pemakaian Artikel 14A ke atas mereka.

“Bersatu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut,” ujarnya.

Persidangan DUN Pulau Pinang pada Isnin meluluskan usul pengisytiharan kekosongan empat kerusi diwakili ADUN BERSATU mengikut Fasal 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Empat ADUN berkenaan pada 16 Disember lalu juga gagal memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mencabar peruntukan mengikut Enakmen Antilompat Parti di negeri itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat