Saifuddin sahkan usul tambahan PAU 2022 diluluskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan usul tambahan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022.

Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meneliti mengenai ketetapan yang dibuat oleh
Perhimpunan Agung Umno 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO pada 3 Mac
2023.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan Umno, 
KDN berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen
13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada Umno berhubung keputusan usul tambahan yang
telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan
Presiden dan Timbalan Presiden Umno yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti Umno akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Semalam, Saifuddin memberitahu beliau akan meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung kelulusan RoS berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat