Kenyataan Saifuddin hari ini sahkan laporan Suara.TV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dikeluarkan hari ini mengesahkan laporan Suara.TV lalu mengenai pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Laporan Suara.TV pada 4 Mac lalu menafikan Ibu Pejabat Umno dikatakan telah menerima surat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

BACA: https://suara.tv/04/03/2023/usul-pau-tidak-sah-jawatan-presiden-dan-timbalan-presiden-umno-dipertandingkan/

Antara lain laporan minggu lalu menyebut, RoS telah selesai menjalankan siasatan laporan yang dibuat oleh dua ahli Umno pada 20 Januari 2023.

Setelah meneliti dokumen-dokumen yang disediakan oleh Umno, RoS dikatakan telah memutuskan usul tambahan tersebut sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Umno.

Pun begitu, Saifuddin hanya mengesahkan dan mengeluarkan surat kebenaran khas kepada Umno untuk tidak perlu mengadakan pemilihan untuk dua jawatan tertinggi Umno pada hari ini, 7 Mac bukan minggu lalu seperti diberitahu Umno.

Surat bertarikh 7 Mac yang dikeluarkan Saifuddin itu sekali gus menafikan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi minggu lalu bahawa Umno telah menerima surat kebenaran khas daripada Menteri Dalam Negeri.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meneliti ketetapan yang telah dibuat oleh Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac 2023.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, kementerian (KDN) berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada Umno berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Umno yang akan datang,” kata Saifuddin menerusi kenyataan dua perenggannya pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat