Usul PAU tidak sah, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR 4 Mac – Ibu Pejabat UMNO dikatakan telah menerima surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Difahamkan RoS telah selesai menjalankan siasatan laporan yang dibuat oleh dua ahli UMNO pada 20 Januari 2023.

Setelah meniliti dokumen-dokumen yang disediakan oleh UMNO, Jabatan itu dikatakan telah memutuskan usul tambahan tersebut sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Sebelum ini, media melaporkan, dua ahli UMNO, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan lMuhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom telah membuat laporan kepada RoS kerana berpandangan usul PAU tidak sah disebabkan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Menurut Muhammad Aizat Fikri, Peraturan UMNO, Perenggan 10 menyatakan semua usul perlu disampaikan selewatnya 14 hari sebelum hari persidangan dan tujuh hari jika diusulkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Dalam UMNO ada klausa, boleh masukkan usul pada hari persidangan tapi dengan dua syarat iaitu MKT mesti menerangkan usul terbabit, tapi ini tidak berlaku… MKT tidak langsung menerangkannya, keduanya, usul itu mesti ‘public interest’, tapi usul berkenaan tidak, ia hanya untungkan dua orang sahaja.

“Sebab itu hari ini kita bawa ke ROS kerana kita rasa memang apa yang diputuskan pada PAU betul tetapi apabila ia bercanggah dengan perlembagaan parti ia tidak boleh diguna pakai,” kata Muhammad Aizat Fikri selepas menghantar surat aduan kepada ROS di Putrajaya baru-baru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat