RoS Putuskan Usul PAU 2022 Tidak Sah, Menteri Terpaksa Campur Tangan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan terus menjadi perdebatan hangat, hari ini tular pula surat yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bertarikh 2 Mac 2023 bahawa pengecualian pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak sah.

Kandungan surat rasmi diterbitkan RoS yang berlegar di media-media sosial antaranya Facebook Planet Malaya dan juga Instagram Story Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyebut berdasarkan semakan pada maklumat dan dokumentasi yang dikemukakan bersama surat Umno bertarikh 27 Januari 2023, 2 Februari 2023 dan 14 Februari 2023 maka RoS telah mendapati bahawa usul tambahan Umno yang diputuskan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 tersebut adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan di bawah Fasal 9.3 Perlembagaan Umno.

“Justeru itu, dengan kuasa -kuasa yang diperuntukkan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] maka, keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak sah dipertandingkan pada penggal pemilihan yang akan datang adalah tidak sah.

“Sehubungan itu, Parti Umno hendaklah mengambil tindakan pembetulan (corrective measure) dengan tidak mengenepikan Perlembagaan Umno di bawah Fasal 9.3 dalam pelaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi Umno,” kata surat yang ditandatangani Ketua Pengarah RoS itu.

Sementara itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, “jika surat ini betul, usul PAU yang dibawa oleh Umno Rembau (bahagian Datuk Seri Mohamad Hasan) untuk melindungi Presiden dan Timbalan Presiden daripada pertandingan adalah tidak sah”.

“Tetapi tidak sah ini mendapat pengecualian daripada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail),” bidas Khairy.

Susulan surat tular itu, Suara.TV cuba mendapatkan maklum balas daripada Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad namun masih belum berhasil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat