Polis Sahkan, Lelaki Dipercayai Terjun Bangunan Di Seremban

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan seorang lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan dikatakan di Kemayan Square, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.45 petang tadi.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, untuk rawatan susulan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 41 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki jatuh dari sebuah bangunan dan menimpa tong sampah di tingkat bawah bangunan itu – Harian Metro

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Sambutan Jubli Intan UMNO di seluruh negara, SOP ketat

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO minggu lalu bersetuju untuk membenarkan sambutan Jubli Intan ke 75 tahun parti itu diadakan. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri...

Lukisan Satira Adham Baba, Fahmi Reza Dipanggil Beri Keterangan Di IPD Kajang

PETALING JAYA: Pereka grafik Fahmi Reza telah dipanggil oleh pihak polis sekali lagi, kali ini berhubung satiranya yang menggambarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr...

Kementerian Wilayah Persekutuan segera baiki lif di PA Desa Rejang

KUALA LUMPUR - Susulan aduan kegagalan fungsi lif flet Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Tan Sri Annuar Musa mengarahkan pegawai pejabat Menteri Wilayah Persekutuan...