Lipat Gandakan Usaha, Sedia Hadapi PRU15 – Anwar Ibrahim

PRESIDEN Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pimpinan dan anggota melipat gandakan usaha sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi

Kata Anwar, Keadilan perlu terus kekal menjadi wadah yang diperlukan rakyat dalam melakukan reformasi dan tanggungjawab itu perlu dipikul kesemua anggota.

“Saya menggesa semua untuk lipat gandakan usaha dan bersiap sedia mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan tiba pada bila-bila masa.

“Negeri Sembilan harus kita pertahankan dan jadikannya antara kubu kuat Pakatan Harapan. Kehendak dan keperluan rakyat mesti terus jadi agenda utama.

“Pimpinan, anggota dan aktivis parti juga diingatkan untuk sentiasa komited pada keadilan, gilap idealisme, tolak rasuah serta tingkatkan gerak kerja dan disiplin,” ujarnya – Astro Awani

Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...

MT UMNO akan bincang desakan 14 hari Biro Politik – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi keyakinan desakan biro politik yang memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional...