Program INSKEN Berjaya Lonjak Hasil 55 Usahawan Kepada RM1.56 Juta – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR – Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) melalui dua program bimbingannya telah berjaya melonjakkan hasil keseluruhan 55 usahawan sebanyak RM1.56 juta selepas empat bulan.

Dua program berkenaan adalah INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Homestay dan Bumiputera Business Enhancement Programme (BBEP).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ilmu keusahawanan dan kemahiran perniagaan yang diberi melalui kaedah bimbingan selama empat bulan mulai September hingga Disember tahun lepas telah membantu meningkatkan hasil jualan mereka.

“Program sokongan seperti IBBC dan BBEP ini dilengkapi dengan latihan dan bimbingan secara holistik serta dipantau bagi memastikan skala kemahiran perniagaan dapat ditingkatkan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal mendatang,” beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Junaidi sebelum itu merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Program IBBC Homestay dan BBEP Kohort 7, 2020 di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau menyeru para usahawan untuk terus menuntut ilmu keusahawanan agar dapat memajukan perniagaan serta bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Program IBBC dan BBEP telah berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan apabila 50 peratus daripada peserta IBBC Homestay serta 52 peratus daripada peserta BBEP Kohort 7, 2020 dapat meningkatkan hasil jualan perniagaan masing-masing di antara 20 peratus hingga melebihi 100 peratus. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...