UMNO Akan Jatuh Jika Tolak Kerjasama Dengan Bersatu – Mahathir

LANGKAWI – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak serius untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain itu, beliau berpendapat, langkah memutuskan hubungan hanya sekadar ‘cakap kosong’ kerana UMNO dan Bersatu saling bergantungan antara satu sama lain untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Pengerusi Bersatu itu berkata, UMNO hanya boleh menarik diri daripada gabungan itu sekiranya parti itu menjalin kerjasama dengan gabungan lain yang mempunyai bilangan majoriti mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada gabungan atau parti lain yang dilihat mampu memenuhi hasrat UMNO tersebut.

“Kalau UMNO tidak bekerjasama dengan Bersatu, Bersatu akan jatuh. Apabila Bersatu jatuh, maka UMNO pun akan jatuh. Ini kerana UMNO pun bergantung kepada Bersatu, seperti mana Bersatu bergantung kepada UMNO,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad.

Dr Mahathir berkata, walaupun kedua-dua parti itu dilihat bergeseran, namun akhirnya UMNO terpaksa memilih Bersatu untuk mengekalkan kuasa.

“UMNO ini saya fikir dia cakap sahaja. Apabila tiba masa untuk undi, UMNO terpaksa sokong Bersatu kalau mereka tak mahu jatuh. Saya berpendapat, cakap-cakap UMNO ini kita tak boleh ambil kira,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai setahun pentadbiran PN, Dr Mahathir menyifatkan ia bukanlah satu gabungan kerjasama yang kukuh.

“PN adalah gabungan baharu. Mereka nampak tak begitu bergabung dengan kemas. Ada pendapat yang berbeza-beza antara mereka. Contohnya UMNO, walaupun sertai Muafakat Nasional (MN) bersama Pas tetapi tak mahu sertai dalam PN,” katanya.

Menurutnya, gabungan PN itu hanyalah untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukan gabungan kerjasama yang sebenar.

“Mereka cuma buat perjanjian untuk PRU15 dan bukan untuk sebuah gabungan sebenar. Contohnya dahulu kita ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan. Itu barulah betul-betul kerjasama. PN diwujudkan cuma untuk hadapi PRU15 dan cari kemenangan,” katanya. – Sinar

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...

2,331 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331...