Nazri Aziz bidas Ong Kia Ming, jika mahu jadi duta mengaku saja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menempelak bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming yang mendakwa beliau gagal mengatur panggilan telefon antara Anwar dan Presiden AS, Donald Trump

Nazri menyifatkan tindakan menilai pretsasinya hanya berdasarkan kegagalan mengaturkan panggilan telefon antara Anwar dan Trump adalah satu kenyataan yang dangkal.

“Saya nak sebutkan bahawa amat dangkal bila menganggap mengatur panggilan telefon antara Anwar dan Trump itu satu kepentingan.

Sepatutnya yang perlu diutamakan adalah nilai pelaburan syarikat-syarikat AS ke Malaysia. Tetapi mungkin untuk orang bijak seperti Kian Ming, perkara ini tidak penting,” tulis Nazri dalam satu rencana panjang berjudul “Berterus teranglah jika mahu jadi duta ke AS”.

Nazri juga menganggap Kian Ming sebenarnya mahu menjadi duta tetapi berselindung di sebalik nama-nama lain.

“Dalam kenyataan yang dibuat oleh bekas yang Ahli Parlimen DAP yang bijak ini adalah dia menyenaraikan beberapa ciri yang perlu ada pada Duta Besar Malaysia ke AS.

Bekas pemimpin DAP itu berkata peranan Duta Besar Malaysia ke AS adalah penting, terutama dalam menghadapi pelbagai pengumuman dan perintah eksekutif yang ditandatangani Trump sejak kembali berkuasa.

Dia juga berkata Duta Besar Malaysia ke AS perlu mempunyai kemampuan berinteraksi secara terbuka dan tertutup dengan pemegang taruh utama dalam struktur kuasa negara itu, termasuk mewujudkan kedudukan menerusi media sosial.

Bila saya meneliti apa yang dicakapkan, boleh saya rumuskan bahawa sebenarnya bekas pemimpin DAP ini mahu memberitahu Anwar supaya mengambil dia untuk menjadi Duta Besar ke AS.

Nama-nama seperti Nurul Izzah Anwar, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Tan Sri Mohamed Nazri Abdul Razak dan Yusmadi Yussof adalah untuk mengaburi keinginan dia sendiri untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Tak perlu lah bermain politik. Katakan lah sahaja yang anda mahukan jawatan itu. Itu lebih mudah dari sibuk mencari kelemahan dan kesalahan saya,” tulis Nazri lagi.

Nazri turut membidas bekas Duta Malaysia ke Kanada Dennis Ignatius, yang menganggap beliau memalukan dan tidak profesional kerana memegang sepanduk pro Trump dalam kempen Presiden AS itu tahun lalu.

“Mengenai seorang lagi makhluk Tuhan bernama Dennis Ignatius yang menggesa kerajaan memanggil balik saya kerana memegang plakad pro-Donald Trump baru-baru ini, saya rasa tidak perlu saya ulas apa yang diperkatakan oleh seorang yang telah hilang sense of humor.

Lagipun saya berpendapat tidak perlu untuk saya melayan individu yang saya dimaklumkan sering membuat kenyataan memburuk-burukkan nama Malaysia. Tidak guna melayan seorang pengkhianat,” tambah Nazri mengakhiri tulisannya.

Untuk rekod Nazri menamatkan kontrak dua tahunnya sebagai Duta Ke AS hari ini. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat