Ringgit meningkat, ditutup tinggi berbanding dolar AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang serantau apabila dolar AS susut daripada paras tertingginya dalam tempoh tiga bulan.

Mata wang Asia juga disokong oleh jangkaan langkah-langkah ekonomi padu oleh China untuk menyokong pasaran sahamnya yang mencatatkan penurunan, kata para peniaga.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7570/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7655/7700 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara umumnya lemah berbanding dolar AS dalam dagangan hari ini dengan unit tempatan diniagakan pada paras RM4.7655 berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, unit tempatan mencatatkan peningkatan menghala ke penghujung dagangan, katanya.

Beliau juga berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) rendah daripada jangkaan dan turun sebanyak 0.1 peratus pada Disember disebabkan penurunan berterusan sektor pembuatan berorientasikan eksport.

“Ini bermakna permintaan luaran Malaysia kelihatannya mencabar pada suku akhir 2023. Selain itu, kebimbangan terhadap ekonomi China juga membawa kepada pengelakan risiko yang seterusnya menyebabkan ringgit lemah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2159/2212 daripada paras penutup 3.2050/2082 pada Selasa, susut berbanding pound Britain kepada 6.0095/0190 daripada 5.9769/9825 dan jatuh berbanding euro kepada 5.1233/1314 daripada 5.1124/1173.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5415/5474 daripada 3.5397/5433 dan susut berbanding baht Thai kepada 13.3650/3917 daripada 13.3544/3726, jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 304.2/304.8 berbanding 302.9/303.3 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.50/8.52 daripada 8.48/8.49. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat