Tunku Abdul Aziz Meninggal Dunia

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Negara, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun.

Pemergian Tunku Abdul Aziz dimaklumkan anak saudaranya Tengku Azman Tengku Zainal Abidin dalam hantaran di Instagram.

“Al-Fatihah bapa saudara saya Tunku Abdul Aziz baru sahaja menghembus nafasnya yang terakhir.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat bersama orang orang yang beriman,”katanya.

Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke IJN tiga hari lalu atas faktor kesihatan.

Allahyarham Tunku Abdul Aziz dikenali sebagai seorang pejuang menentang perkauman.

Beliau menyertai DAP pada tahun 2008 dan dilantik sebagai naib pengerusi DAP setahun selepas itu.

Pada Julai 2009, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang pertama daripada DAP

Namun pada 2012 beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.

Selain penglibatan dalam dunia politik, beliau yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden Transparency International Malaysia turut terlibat dalam usaha menentang rasuah dan banyak menulis serta bercakap mengenai rasuah dan integriti sehingga ke peringkat antarabangsa.

Tunku Abdul Aziz juga pernah menjadi penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangaa Bersatu (PBB) Kofi Annan di New York. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat