Malaysia, Indonesia Akan Kukuhkan Kerjasama Serantau Dalam Sektor Agrikomoditi – Fadillah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan
Komoditi, Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof akan berangkat ke Indonesia pada 8 Februari 2023 untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari.

Lawatan itu akan turut diiringi delegasi dari Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi-agensi di bawahnya.

“Perkara utama yang akan dibincangkan ialah berkaitan strategi yang perlu disusun secara terancang untuk menangani Peraturan Kesatuan Eropah terutamanya European Union Deforestation Regulation (EUDR) yang meletakkan industri sawit dalam risiko.

“Selain itu, kerjasama melalui Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) akan terus dipertingkat bagi kepentingan bersama,” kata Fadillah menerusi kenyataan kementerian itu kepada media hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan pakatan negara pengeluar minyak sawit dan menggiatkan kempen positif secara bersama di samping mengadakan dialog dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk negara pengeluar dan pengguna minyak sawit.

“Tindakan ini merupakan salah satu usaha untuk membetulkan persepsi yang tidak baik ke atas produk minyak sawit.

“Minyak sawit merupakan minyak sayuran yang paling banyak dikawal selia melalui akta dan peraturan.

“Selain itu, keperluan persijilan di peringkat antarabangsa dan domestik seperti Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) turut dipenuhi,” katanya.

Dalam lawatan sama, pertemuan akan turut diadakan dengan Menteri Perdagangan Indonesia Dr. Zulkifli Hasan melibatkan sektor getah bagi membincang dan memperkukuh kerjasama sedia ada antara Malaysia dengan Indonesia melalui International Tripartite Rubber Council (ITRC) dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

“Selain itu, perbincangan juga akan memberi tumpuan kepada cadangan penubuhan ASEAN Rubber Council (ArCo) di bawah ASEAN.

“Kerjasama Malaysia dan Indonesia amat penting di peringkat antarabangsa dengan organisasi pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendesak pensijilan dan rangka kerja di peringkat global.

“Kerjasama ini penting kerana isu persijilan dan kebolehjejakan (traceability) merupakan elemen yang dititikberatkan dalam pelaksanaan EUDR dan akses kepada pasaran global.

“Kementerian berharap lawatan ini akan menggerakkan langkah tersusun secara kolektif demi menjaga kepentingan industri sawit daripada serangan pihak luar terutamanya EU melalui halangan perdagangan yang berbentuk diskriminatori.

“Hubungan Malaysia dan Indonesia akan terus dipererat menerusi kerjasama melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta aplikasi teknologi untuk sektor agrikomoditi.

“Kepentingan pekebun kecil di kedua-dua negara juga akan terus dipertahankan selain melindungi hak mereka serta memperoleh pendapatan yang terjamin dan saksama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat