Anwar Lantik Lima Penasihat Khas Kewangan, Tanpa Gaji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu beliau selaku Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata, badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

“Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat