Mas Ermieyati sah MP Masjid Tanah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Mahkamah Pilihan Raya hari ini, mengisytiharkan pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu adalah sah.

Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis, membuat keputusan itu selepas membatalkan dengan kos terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi itu, Abdul Hakim Abdul Wahid, bagi membatalkan kemenangan Mas Ermieyati (responden).

Dalam keputusannya yang berpandukan Seksyen 36 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, hakim berkata, mahkamah menerima dua daripada empat isu dibangkitkan peguam responden iaitu petisyen difailkan di luar waktu ditetapkan mengikut seksyen 38 akta sama.

Anselm berkata, mahkamah juga mendapati pempetisyen gagal memperincikan dakwaan rasuah, termasuk fakta bagaimana beberapa individu dinamakan dalam petisyen itu mempunyai hubungan dengan responden atau dilantik sebagai ejennya,” lapor BH di Melaka.

Pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Pilihan Raya Melaka bagi membatalkan kemenangan Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi pada PRU15 lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat