Keupayaan fotografi mudah alih

- Advertisement -

MINGGU lalu, jenama pengeluar elektronik dan perkakas pintar, Samsung memperkenalkan secara rasmi peranti kelas perdana mereka iaitu generasi Samsung Galaxy S23.

Untuk generasi Galaxy S23 berkenaan, ia didatangkan dengan tiga variasi iaitu Galaxy S23, S23+ dan S23 Ultra yang mempertaruhkan keupayaan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

Menerusi pandang pertama bagi peranti ini, ia adalah peranti Android paling ikonik serta epik pernah dihasilkan terutama pengenalan kepada beberapa mod

baharu kamera khususnya ‘Astrophotography’ untuk pencinta ‘perakam angkasa’.

Mod berkenaan turut dilengkapi dengan petunjuk arah bintang dan pengguna boleh memilih beberapa tempoh masa untuk rakaman berkenaan dilaksanakan.

Binaan peranti berkenaan khususnya untuk variasi Samsung Galaxy S23 Ultra adalah sangat premium dengan padanan skrin AMOLED memberikan kadar kecerahan terbaik dalam kelasnya.

Boleh dikatakan bahawa variasi Galaxy S23 Ultra adalah calon peranti pintar Android paling berkuasa bermula daripada aspek sensor kamera sehingga kepada keupayaan peranti berkenaan.

 

RAKAMAN imej jarak dekat memperlihatkan keupayaan sensor 200MP tanpa  masalah dan imej dirakam jelas.
RAKAMAN imej jarak dekat memperlihatkan keupayaan sensor 200MP tanpa masalah dan imej dirakam jelas.

 

Penulis jatuh cinta dengan binaan di bahagian belakang peranti ini dan Samsung masih mengekalkan rekaan tiga lensa dan ia turut didatangkan dengan stylus yang diletakkan di bahagian simpanan bawah peranti.

Samsung menepati cita rasa pengguna yang sangat berkait rapat dengan dunia fotografi apabila menggunakan sensor 200 megapiksel (MP) untuk lensa utama bersama mod profesional.

Peranti ini juga adalah pengubah landskap fotografi mudah alih dan setiap imej yang dirakam adalah setaraf penggunaan kamera konvensional seperti generasi DSLR.

Bagi ketiga-tiga variasi berkenaan, Galaxy S23 Ultra adalah kelas tertinggi untuk generasi berkenaan dengan spesifikasi ukuran skrin 6.8 inci QHD+ Edge bersama paparan Dynamic AMOLED 2X Display.

 

MENEPATI cita rasa pengguna yang sangat berkait rapat dengan dunia fotografi.
MENEPATI cita rasa pengguna yang sangat berkait rapat dengan dunia fotografi.

 

Memenuhi kehendak pengguna pada hari ini, peranti itu juga didatangkan dengan teknologi paparan Super Smooth 120Hz bersama 240Hz Touch Sampling khusus untuk mod permainan.

Lebih mengagumkan untuk siri Galaxy S23 Ultra adalah tetapan empat lensa dengan sensor utama 200 megapiksel (MP), sekali gus menghasilkan imej kualiti umpama kamera DSLR.

Ia juga turut didatangkan dengan 12MP lensa sudut ultra lebar, dua 10MP lensa telefoto serta 200MP lensa sudut lebar.

Pengguna juga boleh memilih untuk variasi tetapan memori (RAM) 12 bersama storan bermula 256GB sehingga 1TB mengikut kesesuaian.

Keupayaan peranti itu juga akan mengubah definisi sebenar fotografi mudah alih dengan beberapa mod khusus seperti Astrophotography untuk rakaman imej angkasa dan keupayaan imej pada pencahayaan kurang.

Bagi siri Galaxy S23, keupayaan kamera sememangnya dititikberatkan, malah ini adalah peranti Android paling berkuasa yang diperkenalkan.

Menyentuh variasi S23 serta S23 Ultra pula, kedua-dua spesifikasi teknikalnya hampir sama kecuali beberapa bahagian termasuk ukuran skrin iaitu Galaxy S23 didatangkan dengan 6.1 inci FHD+ manakala S23+ adalah 6.6 inci FHD+.

Kedua-dua variasi ini mempunyai tetapan kamera yang sama iaitu 50MP untuk lensa utama dengan kapasiti bateri 3,900mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat