Capaian Internet Dan Komunikasi Di Pahang Akan Dipertingkatkan – Fadzli Mohamad

- Advertisement -

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan Negeri Pahang akan memperkukuhkan capaian Internet dan Komunikasi di negeri itu.

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa berusaha gigih dalam memastikan capaian internet dan komunikasi ke seluruh Pahang dapat direalisasikan mengikut jadual yang telah ditetapkan demi keselesaan rakyat Pahang.

Jelas beliau lagi, ia juga bagi mempastikan rakyat ini mendapatkan akses komunikasi di zaman pecutan digital yang begitu pantas dan sangat diperlukan kini.

“Lawatan kerja selama dua hari saya dalam memantau dan melihat sendiri kelancaran pembinaan menara telekomunikasi di seluruh Pahang bermula di Cameron Highlands hari ini.

”Selesai mesyuarat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, saya bersama agensi kerajaan berkaitan dan wakil dari syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi bergegas ke Kampung Orang Asli Kuala Boh untuk meninjau tapak menara telekomunikasi yang dijangka mula pembinaannya pada hujung bulan ini dan mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan.

”Seterusnya saya singgah di Pos Betau dan mendapatkan penerangan daripada SKMM Pahang mengenai pengoperasian menara di situ. Bagi anda yang menggunakan laluan Sungai Koyan – Tanah Rata pastinya lebih selesa dengan liputan telefon dan internet di sepanjang laluan ini buat masa kini.” kata Fadzli selepas mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Edotco, CelcomDigi, Measat dan Numix di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Fadzli Mohamad Kamal meninjau talian telekomunikasi di Kampung Orang Asli KOA Kuala Boh Cameron Highlands

Menurut Fadzli, mesyuarat itu dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian segera sekaligus menambahbaik perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh, Cameron Highlands.

Pada masa ini pihak MCMC telah menjalankan projek Broadband Wireless Access (BWA) di KOA Kuala Boh semenjak 2021 yang dilaksanakan oleh Numix sebagai syarikat pelaksana yang dilantik, katanya.

“Projek ini menyediakan perkhidmatan internet secara percuma dengan kuota data terhad bagi setiap pengguna. Bagi menampung penggunaan yang tinggi, kuota data pengguna telah ditingkatkan serta merta.

”Namun demikian bagi memberi pengalaman menggunakan internet yang lebih baik melalui perkhidmatan 4G, projek JENDELA yang dilaksanakan oleh MCMC di Pahang telah memperuntukkan satu menara baharu di KOA Kuala Boh dan pada masa ini di peringkat akhir perolehan tapak, sebelum permohonan permit dan kerja-kerja awal dimulakan.

”Syarikat pelaksana yang dilantik untuk pembinaan menara dan penyediaan perkhidmatan ini ialah Edotco dan Celcom, dan menara ini dijangka akan siap dan beroperasi dalam suku keempat 2023.” ujarnya lagi.

Dalam pada itu dalam pada masa yang sama menurut Fadzli lagi, pelaksanaan interim sedang juga diusahakan oleh MCMC, melalui kerjasama dan kolaborasi pihak industri bagi memastikan perkhidmatan 4G boleh diberikan segera dalam masa terdekat.

Tambah beliau lagi, Pegawai Daerah Cameron Highlands telah menyatakan komitmen untuk membantu bagi mempermudahkan proses pembinaan menara bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Selepas lawatan ke Kuala Boh, beliau meneruskan lawatan kerja bagi meninjau 2 lagi tapak pembinaan menara iaitu di STW Kuala Medang dan di Perumahan Generasi Kedua Felda Sungai Koyan.

Menurutnya, kedua-dua menara ini akan siap dibina pada April ini.

”InsyaAllah, esok, saya akan meneruskan lawatan kerja bersama agensi dan syarikat telco di daerah Raub pula.

”Kerajaan Negeri Pahang sentiasa berusaha gigih dalam memastikan capaian internet dan komunikasi ke seluruh Pahang dapat direalisasikan mengikut jadual yang telah ditetapkan demi keselesaan rakyat Pahang untuk mendapatkan akses komunikasi di zaman pecutan digital yang begitu pantas dan sangat diperlukan kini.

“Keselesaan Rakyat Keutamaan Kerajaan Negeri Pahang.” ujarnya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat