Agong Ucap Tahniah Kepada Nur Athirah, Putera Aiman

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah Mohamad Zaini dan Putera Aiman Abdul Rasyid di atas kejayaan mereka tersenarai dalam kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).

Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara turut berbangga atas kejayaan kedua-dua pelajar berkenaan dalam menjulang dan mengharumkan nama negara.

“Kejayaan mereka membuktikan Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

“Ini membuktikan dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa,” menurut hantaran yang dimuat naik oleh Istana Negara.

Seri Paduka Baginda turut bertitah semoga kejayaan kedua-dua pelajar itu menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya golongan belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kecemerlangan di dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nur Athirah dan Putera Aiman serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Nur Athirah dan Putera Aiman, masing-masing berusia 19 tahun berkongsi tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2).

Mereka menduduki peperiksaan itu pada bulan Disember lepas.

Nur Athirah merupakan anak jati Pahang dan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor, manakala Putera Aiman merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam. – Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Penggunaan Nama Perdana Menteri Perlu Ikut Kad Pengenalan – PMO

KUALA LUMPUR - Semua dokumen rasmi berkaitan nama Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama aslinya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md...

Berita Berkaitan

MKN Setuju KDN Selaras Penguatkuasaan Terhadap Kilang Langgar SOP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju tanggungjawab penguatkuasaan termasuk serbuan oleh semua agensi terhadap kilang yang melanggar prosedur operasi...

Jenazah Bayi Terbiar Semalaman Kerana Kesempitan Hidup – NGO

KUALA LUMPUR - Remuk hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup. Dia hanya...

KKM, UPM Bangunkan Vaksin Covid-19 Guna Teknologi mRNA – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Malaysia sedang membangunkan vaksin COVID-19 menggunakan teknologi mRNA (messenger asid ribonukleik), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata vaksin itu...