15 Kematian, 3,731 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan 3,731 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan itu menjadikan sejumlah 51,241 kes aktif COVID-19 di negara ketika ini.

Daripada jumlah itu, 292 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 140 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah mereka yang sembuh pula kini adalah 190,339 kes dengan pertambahan kes sembuh baharu 3,369 kes.

KKM turut memaklumkan terdapat 15 kematian baharu direkodkan dengan jumlah keseluruhan kematian kini adalah 872 kes. – Awani

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...